Saturday, January 9, 2010

Teknologi> Helipkoter dikawal secara WiFi


Teknologi > Helipkoter dikawal secara WiFi
Sekali pandang benda yang terbang secara senyap di udara nampak seperti piring terbang dalam filem terbaru Steven Spelberg.
Namun ia bukanlah alat makhluk asing seperti disangka, sebaliknya ia adalah permainan baru yang dipanggil AR.drone buatan syarikat Perancis, Parrot.
Helipkopter yang menggunakan alat kawalan jauh ini boleh dikendalikan dengan menggunakan Apple iPhone atau iPod Touch melalui sistem WiFi.
Demontrasi helikopter kecil atau quadrikopter itu dilakukan pada Pertunjukan Tahunan pengguna Elektronik (CES) dihadapan para pengunjung dan wartawan yang hadir.
Dengan hanya mengerakkan iPhone kehadapan membolehkan AR.drone itu bergerak ke hadapan sementara kesisi membolehkan ia bergerak ke sisi atau mengubah hluannya. Butang di iPhone membolhekan ia bergerak ke atas dan ke bawah.
Pemilik syarikat Parrot, Henri Seydoux berkata, A.R.Drone merupakan produk utama seumpamanya hasil keluaran sebuah syarikat terkenal dengan sistem tanpa wayar itu dengan bantuan 450 pekerja dari seluruh dunia.
Katanya beliau merancang untuk memasarkan produknya pada tahun ini tetapi buat masa ini merahsiakan harga produk tersebut kerana menurutnya ia masih dalm perbincangan.
Berat A.R.Drone hanya 300gm dan ia trut dilengkapi dengan kamera yang boleh disambung bersama iPod dan iPhone bagi menjadikan pemanduan seperti didalam kokpit. –AFP.

Ridd 10.55pm 08.01.10 Sumber : Utusan Malaysia Muka 18 Luar negara 08.01.10

No comments:

Post a Comment