Friday, January 8, 2010

Sejagat> Indahya Persaudaraan


“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”-Riwayat Bukhari da Muslim

"Dari anas bin malik r.a,telah bersabda rasulullah s.a.w: ada tiga perkara yang apabila manusia memilikinya akan merasai kemanisan iman: iaitu Allah dan Rasulnya adalah lebih dia cintai daripada yang lain, dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dihumbankan kedalam api neraka".

As-Saiyidu Imam Hasan al-Banna berkata,
"Berkasih sayanglah antara satu sama lain, berusahalah membina ikatan ukhwah yang kukuh.Ia adalah rahsia kekuatanmu dan tunggak kejayaan kamu"

KUKUHKANLAH PERSAUDARAAN:

* Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.
Sabda Rasullulah : “jika seseorang itu kasih akan saudaranya beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya”-Riwayat Abu Daud dan Tarmizi

* Berpesan , “ Jangan lupa berdoa untuk kami bersama-Riwayat Abu Daud dan Tarmizi

* Segeralah bersalaman apabila bertemu. Sabda Rasulullah s.a.w, “Tiada dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah”.

* Bermanis muka apabila bertemu, “Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil , sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan”.

* Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya. “siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakanya, nescaya Allah akan menyukakannya pada hari kiamat”

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya.(Riwayat Muslim)

>dipetik dari http://surauarraudhah.blogspot.com/ oleh ust mohd noor

No comments:

Post a Comment