Friday, January 1, 2010
Info > Gerhana Bulan
Jom Solat Gerhana, Sedekah, Malam Tahun Baru 2010
Sambutan Tahun Baru 2010 pada kali ini lain dari yang lain.
Umat Islam dapat menyambut Malam Tahun Baru pada kali ini dengan menunaikan Solat Gerhana Bulan (Solat Khusuf) , Bersedekah , Berzikir dan Berdoa seperti mana yang disarankan oleh kekasih kita Nabi Muhammad saw.
Tunggu apa lagi , mungkin inilah peluang kita sekali seumur hidup dapat Sambut Tahun Baru 2010 dengan cara begini. Nanti dalam kubur boleh kita berbicara dengan Malaikat Munkar dan Nakir , dulu masa aku di dunia 1 Januari 2010 satu dunia sambut tahun baru, tapi kami umat Islam di Malaysia sambutnya dengan kedatangan gerhana bulan dengan Bersolat , Bersedekah , Berzikir dan Berdoa.
Indonesia sudah mengeluarkan surat pekeliling kepada umat Islamnya agar melakukan banyak sedekah, zikir, berdoa, solat khusuf pada 1 Januari 2009.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا
”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)
Utusan Malaysia 24 Dis 09 - Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.
Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.
Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.
Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.
Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.
Sumber : Forward email dari kawan-kawan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment