Tuesday, January 19, 2010

Contoh Surat Rayuan Memasuki Kolej


Bahagian Matrikulasi ,
Kementerian Pelajaran Malaysia ,
Aras 6 & 7 , Blok E15 ,
Komplex Kerajaan Parcel E ,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62604 Putrajaya ,
Selangor .

Tuan ,

RAYUAN MEMASUKI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN TAHUN 2007
Saya , Jackie Chieng Chang Kiong , ( IC no . xxxxxxxxx ) dengan segala hormatnya ingin membuat rayuan sekali lagi untuk memasuki Kolej Matrikulasi Labuan aliran Sains hayat pada tahun 2007 .

2. Saya telah mendapat xA dan xB dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) , dengan xA1 dan xA2 dalam mata pelajaran aliran sains tulen dan A1 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris ( A2 dalam GCE level 1119 ) , Dengan itu , saya sertakan salinan keputusan saya kepada pihak tuan .

3. Kapit merupakan satu kawasan kecil yang terletak di luar bandar dan tidak mempunyai infrastruktur yang sempurna seperti Cambridge atau Queensway English Tuition Centre ataupun pusat tuisyen yang berkualiti . Kami hanya berusaha sendiri dan meminta tunjuk ajar daripada guru-guru di sekolah sekiranya kami menghadapi masalah dalam pelajaran .

4. Hanya satu sekolah yang akan menawarkan Tingkatan Enam Rendah aliran Sains di Kapit iaitu SMk Kapit No.2 tetapi sekolah tersebut tidak menjamin akan menawarkan mata pelajaran FIZIK , iaitu mata pelajaran yang saya minati . Ini disebabkan oleh kekurangan pelajar yang bemrinat dalam mata pelajaran tersebut .

5. Pertimabangan pihak tuan amat dihargai . Oleh itu , sekali lagi dengan segala hormatnya saya berharap pihak tuan dapat memberi saya satu peluang untuk meneruskan pelajaran saya di Kolej Matrikulasi Labuan ( KML ) . Kerjasama tuan saya dahului dengan jutaan terima kasih .

Sekian , terima kasih .


________
( Jackie Chieng Chang Kiong )
no.IC

Ridd.19.01.10 dipetik dari http://jackiechieng.spaces.live.com/blog

No comments:

Post a Comment