Thursday, January 7, 2010

Peluang > Membuka Agrobazaar Kedai Rakyat



Peluang > Membuka Agrobazaar Kedai Rakyat
Berniaga amat digalakkan bukan hanya memberi keuntungan berlipat ganda tapi merupakan amalan yang baik terutama memberi informasi dan khidmat nasihat kepada para pelangan.
FAMA dengan kerjasama Kementrian Industri dan Asas Tani dibawah Rancangan Malaysia ke 10 mensasarkan 1,000 unit buah kedai jenis ini misalanya di Kg Baru, Sanglang, Kedah yang dimiliki oleh En Idris. Antara syarat-syarat yang membolehkan seseorang menyertai program Agrobazaar Kedai Rakyat:
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 20 – 60 tahun
- Telah menjalankan perniagaan runcit dan lesen premis yang sah
- Wajib berdaftar dengan FAMA melalui borang permohonan yang ditetapkan
- Berdaya-maju, memiliki modal perniagaan yang mencukupi serta mempunyai rekod perniagaan yang cemerlang
- Boleh bekerjasama dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh FAMA
- Wajib mengikuti kursus pembangunan usahawan yang dianjurkan oleh FAMA
- Komoditi jualan mestilah sekurang-kurangnya 30 % barangan segar dan 70% barangan runcit dimana terdiri daripada 15 jenis barangan utama iaitu:
o Beras
o Gula
o Minyak masak
o Tepung
o Telur
o Susu
o Sardin
o Ayam / daging
o Ikan / hasil laut (segar & kering)
o Sayur / buah-buahan
o Bawang / rempah-ratus
o Roti
o Bihun
o Kelapa
o Makanan sejuk-beku
Bersedia menerima lima jenis barangan keperluan utama yang dibekalkan (gula,tepung gandum, minyak masak, beras dan telur) dan menjualnya pada harga yang disyorkan.
Sumber : Mega / Utusan Malaysia Jumaat 01.01.10
Ridd 12.12pm 07.01.10

3 comments: