Tuesday, January 5, 2010

Baru !!! Kelab Badminton TBR [edit 08.01.10]






Baru !!! Kelab Badminton TBR
Kelab badminton ini secara tidak rasminya telah tertubuh sejak tahun lepas iaitu 1412 H. Majoriti ahlinya terdiri dari penduduk Taman Bangi Ria (TBR) dan bekas penduduk taman tersebut. Penubuhan kelab ini direncanakan oleh En Ahmad Nasoha (Sony Bangi) dan disokong sepenuhnya oleh penduduk TBR. Selain daripada bersenam dan memperkasakan otot serta memperkempiskan perut ia juga dapat mengeratkan silaturahmin disamping berbincang secara tidak rasmi aktiviti kelab secara khususnya dan aktiviti taman secara amnya. Kelab ini turut disertai oleh En Rosli (Perbadanan Putrajaya), En Roslan (Telekom Putrajaya), Ustaz Adib (KUIS), Hj Mohd Noor (JKR NS), En Rahim, En Mahathir (IWK Langat) dan ramai lagi (senarai penuh ahli akan dikemaskini bulan ini).
Jesteru itu, sesuai dengan azam Tahun baru 1413 H, kelab ini secara rasminya ditubuhkan dan senarai AJK akan dilantik bagi melincinkan lagi perjalanan aktiviti kelab ini. Lantaran itu kelab telah mencadangkan yuran ahli sebanyak RM20 sebulan dan dikutip oleh Bendahari kelab, En Ahmad Nasoha (perlantikan terus secara tidak rasmi). Aktiviti utama kelab ini sudah tentu mengadakan latihan badminton pada setiap hari ahad setiap bulan (tertakluk kepada penggunaan dewan). Antara aktiviti lain seperti mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab lain seperti penduduk taman bersebelahan (Taman Bangi Villa) dan aktiviti kemaksyaratan dan kerja-kerja amal yang lain seperti gotong royong memperindahkan atau memperkemaskan taman dan surau dan kawasan-kawasan yang lain. Aktiviti bersukan ini dilakukan di Dewan Orang Ramai Bangi dibawah selian MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) yang terletak kira-kira 327 meter sahaja dari TBR. Akhir kalam, Majulah Sukan Untuk Semua, 1 Sukan 1001 Nikmatnya.
Aktiviti badminton bulan ini adalah pada hari ahad 3hb, 10hb, 17hb dan 31 hb Januari 2010 besamaan dengan 17 dan 24 Muharram juga 1 dan 15hb Safar 1413.
Aktiviti lain (Januari 2010): 03.01.10 : Surau ArRaudah – Kuliah Tafsir oleh Dr Hasnan. ..01.10 : Perkahwinan putera Prof Razak di Dewan UKM.
Untuk ahli sebarang komen boleh terus ditintakan di laman blog ini atau secara kiriman epos ke alamat madir27@gmail.com Sebarang komen anda amatlah dialu-alukan. En Roslan / sesiapa : mohon dikirimkan gambar yang pernah diambil di dewan Bangi. En Nasoha / sesiapa : boleh kemaskini ahli kelab dengan format (nama ahli : syarikat kerja) kepada saya melalui alamat epos saya yang tertera diatas.

4 comments:

  1. salam. tq for your blog, i we send if any information TBR sport club

    ReplyDelete
  2. thanks atas sokongan semua. semuga club terus suksess dan activiti2 bole dimuatkan di dlm blog ini.

    ReplyDelete
  3. raket badminton dah berabuk daaa... :-)

    ReplyDelete
  4. memang ler berabuk..letak dalam almari hiasan..jom turun ke dewan boleh mengilapkan raket dan mengempiskan perut..jumpe di dewan bangi..ahad ni 31hb..jam 8pg-10pg.

    ReplyDelete