Monday, January 4, 2010
Bijak> Perancangan Kewangan
Ridd 040110. Diolah dari susunan : Pengurusan Kewangan oleh Al-Fairuz www.GempakNewbie.com
Perancangan Kewangan
Perancangan kewangan merupakan langkah pertama untuk mengurus kewangan
anda. Terdapat 4 langkah yang perlu diambil iaitu:
1. Menetapkan matlamat kewangan anda.
2. Jejaki ke mana perginya wang anda.
3. Menilai tabiat berbelanja anda.
4. Menulis rancangan perbelanjaan anda.
Langkah 1: Menetapkan matlamat kewangan anda
Matlamat akan memastikan anda berbelanja serta menyimpan secara teratur untuk mencapai matlamat anda samada secara jangka masa pendek,sederhana atau panjang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia,pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan. Contohya jika anda ingin membeli sebuat rumah (matlamat jangka sederhana) anda telah memperuntukkan duit samada dengan menyimpan secara bulanan amaun tertentu dengan menolak dari gaji bulanan anda. Anda juga menyimpan sedikit untuk pembayaran wang pendahuluan rumah serta kos membaik pulih seperti memasang grill dan membuat kitchen kabinet.
Cth jangkamasa pendek – melangsaikan hutang seperti ansuran perabot atau kad hutang.
Jangkamasa sederhana – membeli kereta dan membeli rumah.
Jangkamasa panjang – simpanan untuk persaraan.
Langkah 2: Menjejaki ke mana perginya wang anda.
Merokod segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu, contohnya, selama dua minggu. Ini bertujuan untuk mengetahui ke mana wang anda telah dibelanjakan disamping dapat
mengurangkan perbelanjaan jika perlu.
Langkah 3: Menilai tabiat berbelanja anda
Terutama sekiranya anda tidak mempunyai sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau ingin meningkatkan jumlah simpanan sediada. Teliti senarai perbelanjaan harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan(mesti) atau kehendak(kurangkan/hapuskan).
Langkah 4: Menulis rancangan perbelanjaan anda
Anda boleh menggunakan “Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga” yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu pengguna membuat dan memantau perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan. Anda bole juga membuat Jadual tersebut dalam bentuk Miscrosoft Excel dengan menyediakan lajur untuk ruangan bayaran bil yang mesti dibayar seperti bil letrik,telefon mudah alih,perumahan,barangan dapur dan sebagainya.
Simpanan
Mula menyimpan dari awal untuk mendapatkan simpanan yang lebih banyak. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan sebelum berbelanja. Tingkatkan simpanan anda setiap kali pendapatan anda bertambah. Contohnya apabila anda menerima bonus. Simpan wang anda dalam akaun amanah seperti amanah saham bumiputra atau tabung haji. Dengan faedah yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan, wang simpanan anda akan bertambah dengan lebih cepat.
Wujudkan juga sebuah tabung kecemasan yang berjumlah tiga hingga enam bulan
perbelanjaan bulanan anda untuk memenuhi keperluan sekiranya terjadi sesuatu perkara
atau perbelanjaan yang tidak diingini. Ini akan menghindarkan diri anda
daripada berhutang apabila terjadi perkara seperti ini. Tetapi awas! jangan
gunakan wang yang disimpan di dalam tabung ini untuk perbelanjaan harian atau
memenuhi matlamat kewangan anda.
Ridd 040110. Diolah dari susunan : Pengurusan Kewangan oleh Al-Fairuz www.GempakNewbie.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment