Thursday, January 21, 2010
Pistol Dalam Loji Kumbahan
Pistol Dalam Loji Kumbahan
Taman Koperasi Polis
Kuala Lumpur
19 Jan 2010
5 ptg - 11 malam
Ketika menerima maklumat kes ini, saya dimaklumkan ramai anggota polis dan orangramai di tepi Lebuhraya Duke berhampiran Loji Kumbahan Indah Water Taman Koperasi Polis.
Ketika menghampiri kawasan ini, saya lihat beberapa warga Bangladesh berlari-lari anak meninggalkan tempat kejadian.
Saya belum mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di sini sehinggalah akhirnya dimaklumkan bahawa polis sedang mencari sepucuk pistol di dalam Loji Kumbahan ini.
Kes dengan tepat masih belum dapat saya berikan kerana pengesahan dari Ketua Polis Kuala Lumpur belum diperolehi.
Bagaimana pistol boleh berada di dalam loji ini?
Difahamkan, sebelumnya, seorang penjenayah bergelut dengan seorang anggota polis yang kemudian penjenayah terbabit merampas pistol anggota terbabit.
Penjenayah kemudian melarikan diri dan melalui lebuhraya ini sebelum mencampakkan pistol terbabit ke arah loji ini.
Bagaimanapun , lelaki yang melarikan pistol itu berjaya ditangkap.
Itu sahaja maklumat awal yang diperolehi.
Akhirnya, usaha mengesan dan mendapatkan kembali dilakukan di mana sebuah lori Indah Water digunakan untuk menyedut air kumbahan bagi mengeringkan loji ini
Masalah timbul, siapakah yang sanggup untuk masuk dan bergelumang di dalam najis itu untuk mencari pistol.
Akhirnya, tiga orang turun ke dalam loji dan meredah, meraba dan berjalan di dalam najis di kawasan dipercayai pistol itu dicampakkan.
Operasi terpaksa dihentikan kira-kira jam 10-30 malam apabila pistol gagal ditemui dan disambung pagi ini.
Ketika hendak beredar, seorang rakan wartawan memberitahu, tiga lelaki yang masuk ke dalam loji ini merupakan warga Bangladesh yang sebelumnya menjadi penonton kepada episod ini.
Barulah saya terfikir, beberapa Bangla yang berlari-lari anak itu mungkin rakan-rakan Bangla yang masuk tadi - bimbang mereka juga akan dijemput untuk mencari pistol itu...
Source: http://ondscene.blogspot.com/
Ridd. 21.01.10. Kamor Impian Putra. 9.23pm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment