Simpanan hari tua - kwsp/fix deposit
Setelah saya membuat blog,saya memberanikan diri untuk menulis tentang tajuk diatas.ini bukan bermaksud saya pakar tentang perkara tersebut atau tentang perancangan kewangan amnya.ia adalah berdasarkan pengalaman dan bacaan yang telah saya baca.artikel ini hendaklah dibaca bersama dgn artikel yg bertajuk simpanan anda kerana ia mempunyai kaitan dan saya tidak perlu mengulangi perkara yang sama.
Simpanan ini bukanlah pengeluaran akaun 1 untuk pelaburan seperti unit amanah dan ke simpanan yang lain.
Tetapi simpanan ini masih mempunyai kaitan tentang kwsp.bagaimana caranya?ok,secara ringkasnya seperti berikut:-
1.caruman 3%.
Baru-baru ni kerajaan telah memberi pilihan mengurangkan caruman dari 11% ke 8%.ini bermaksud 3% dari caruman kwsp akan terus ke gaji kita,jika kita memilih cara ini.
2.pengeluaran bulanan membeli rumah.
Semua orang ingin memiliki rumah.pengeluaran secara bulanan dikreditkan terus kedalam akaun kita.minimum pengeluaran adalah sebanyak rm100.
3.pengeluaran bulanan secara efix deposit.
Minimun yang perlu dilaburkan ialah rm5k sbb ia adalah jumlah minimun pengeluaran secara bulanan.saya syorkan memilih efix maybank.kerana deposit dan pengeluaran boleh dibuat melalui maybank2u.com.
4.5% dr gaji kita.
Ade pakar kewangan mengesyorkan lebih 5%.saya hanya mengesorkan 5%kerana ia adalah jumlah peratusan minimun anda patut/wajib anda simpan.sesetengah orang membuat cara melalui kaedah potongan gaji terus ke akaun simpanan untuk mendisplinkan diri.terserah kepada anda.
So, kita mempunyai simpanan tetap setiap bulan melalui kaedah diatas.katakan kita ambil rm100 setiap langkah diatas maka kita telah menyimpan sebanyak rm400.dan setahun kita mempunyai simpanan sebanyak rm4,800.ok,saya akan sambung dimana kita akan menyimpan supaya duit kita boleh digandakan.teruskan membaca blog saya. TQ.
p/s:saya cuba menulis stp artikel seringkas mungkin kerana ada sahabat2 yg komen artikel2 ini ‘berat’ untuk membacanya..
-Ridd-
No comments:
Post a Comment