Saturday, February 28, 2009

Result EPL - 28 Feb 2009


Everton 2 West Brom 0
(Goal : Cahill,Saha)
(Assist : Baines)

Arsenal 0 Fulham 0

Chelsea 2 Wigan 1
(G:Terry,Lampard;Kapo)
(A:Ballack;Figueroa)

Middlesbrough 2 Liverpool 0
(G:Tuncay)
(A:Downing,Aliadierre)

Saturday, February 21, 2009

Membeli sebuah komputer riba/laptop


Akhirya impian saya ingin memiliki laptop sendiri.Sebelum ini sy ade memiliki destop.Laptop senang untuk dibawa kemana-mana.

Tips membeli laptop
1-survey spec dan harga kt internet cth di lowyat.net.
2-da dpt spec dan harga mengikut budget kita,baru pi kedai spt it city di mines or plaza imbi.
3-beli yg brand ok/established dan senang nak repair jika part rosak.

Tips maintain laptop
1-gunakan bateri hingga habis.jgn caskan bateri jika kita sedang menggunakannya.ini untuk menjaga hayat bateri.
2-install anti virus dan spyware.jgn lupe updatekannye.

Ini adalah laptop yg saye beli.
Spec laptop compaq presario CQ40-153TU
intel@ core duo 2.16gh
3gb ddr2 ram
250gb sata hdd
Dvd-rw super-multi
14.1" wxga tft lcd
Built in web cam
intel@ 4500m graphics
5 in 1 card reader
vista@ h.basic
Weight 2.29kg
Hp nylon carry case
1 year international warranty
RM 2099

Wednesday, February 18, 2009

Simpanan hari tua - kwsp/fix deposit

Simpanan hari tua - kwsp/fix deposit

Setelah saya membuat blog,saya memberanikan diri untuk menulis tentang tajuk diatas.ini bukan bermaksud saya pakar tentang perkara tersebut atau tentang perancangan kewangan amnya.ia adalah berdasarkan pengalaman dan bacaan yang telah saya baca.artikel ini hendaklah dibaca bersama dgn artikel yg bertajuk simpanan anda kerana ia mempunyai kaitan dan saya tidak perlu mengulangi perkara yang sama.
Simpanan ini bukanlah pengeluaran akaun 1 untuk pelaburan seperti unit amanah dan ke simpanan yang lain.
Tetapi simpanan ini masih mempunyai kaitan tentang kwsp.bagaimana caranya?ok,secara ringkasnya seperti berikut:-
1.caruman 3%.
Baru-baru ni kerajaan telah memberi pilihan mengurangkan caruman dari 11% ke 8%.ini bermaksud 3% dari caruman kwsp akan terus ke gaji kita,jika kita memilih cara ini.
2.pengeluaran bulanan membeli rumah.
Semua orang ingin memiliki rumah.pengeluaran secara bulanan dikreditkan terus kedalam akaun kita.minimum pengeluaran adalah sebanyak rm100.
3.pengeluaran bulanan secara efix deposit.
Minimun yang perlu dilaburkan ialah rm5k sbb ia adalah jumlah minimun pengeluaran secara bulanan.saya syorkan memilih efix maybank.kerana deposit dan pengeluaran boleh dibuat melalui maybank2u.com.
4.5% dr gaji kita.
Ade pakar kewangan mengesyorkan lebih 5%.saya hanya mengesorkan 5%kerana ia adalah jumlah peratusan minimun anda patut/wajib anda simpan.sesetengah orang membuat cara melalui kaedah potongan gaji terus ke akaun simpanan untuk mendisplinkan diri.terserah kepada anda.
So, kita mempunyai simpanan tetap setiap bulan melalui kaedah diatas.katakan kita ambil rm100 setiap langkah diatas maka kita telah menyimpan sebanyak rm400.dan setahun kita mempunyai simpanan sebanyak rm4,800.ok,saya akan sambung dimana kita akan menyimpan supaya duit kita boleh digandakan.teruskan membaca blog saya. TQ.

p/s:saya cuba menulis stp artikel seringkas mungkin kerana ada sahabat2 yg komen artikel2 ini ‘berat’ untuk membacanya..

-Ridd-

Result EPL - 19 Feb 2009


Man Utd 3 Fulham 0

(S:Scholes,Berbatov,Rooney)
(A:Carrick,Park Ji Sung)

1302 minutes, 14 matches, Van der sar clean sheet!!

Top 3
MU 25 59
Liverpool 25 54
Aston Villa 25 51

Bottom 3
Balackburn 24 23
Msbrough 25 22
WBA 25 22

Monday, February 16, 2009

Halaman Rumah Anda - Buat Sendiri....(2)


Sorry tak sempat nak update.Sibuk dengan laptop baru.Ini adalah gamabar terbaru projek saya.Lubang padang golf tu da siap dibuat dari PVC pipe tu cuma perlu tanam dan kemaskinikan lubang.Bola golf 2nd hand aku beli kat bbb dekat jln lps tol kajang or dekat equtorial bangi golf resort.RM25 = 20 biji.Rumput tak beli lai..tunggu budget bulan depan sebab bulan ni da bel laptop :) so,progress untuk item 4 (sila rujuk artikel sebelum ni) sudah 100% siap.

Last update : 21 Feb 2009; 2.49pm.

Saturday, February 14, 2009

Loceng Rumah - Pasang Sendiri


Jenis : tanpa wayar / wireless.sesuai jika kita tak mahu hacking lantai jika tiada point atau kita nak pasang sendiri tanpa upah wayering man buat.jarak lebih kurang 150meter.yang bell tu pasang kt plug umah kita.kita bole off jika tak nak ganguan.bil elektrik tidak tinggi kerana watt die kecil je.ade berbagai ring tone.bole pilih dan tukar ringtone cuma tak boleh buat baru je macam handphone :) harga ni saye beli RM40.kat kedai hardware baru bangunan baru sebelah klinik az-zahrah tu,bandar baru bangi.

Thursday, February 12, 2009

Halaman Rumah Anda - Buat Sendiri


Jika anda mempunyai sedikit kawasan lapang di rumah, anda bole memperindahkan dan membina laman anda sendiri. Gambar sebelah adalah kawasan lapang rumah saya. Saya bercadang ingin membuat padang golf mini dan kolam ikan.
Ok. Saya berbicara tentang padang golf dulu:-
1.rumput disitu perlu dibuang dulu.
2.tananh perlu dirata dulu.
3.baru tanam rumput karpet.
4.sebelum tu buat lubang golf.pakai pvc paip. potong dan tanam pvc pipe tu dan jadilah sebuah lubang.
5.beli bola golf 2nd hand.beli kayu golf sebatang 2nd hand juga.
6.jgn lupe siram air atas pdg gol mini anda ni.
7.so,anda bole bermain pagi-malam hari cuti or lps pulang dr bekerja.release tension.

so far sy dah buat perkara 1 dan 2.teruskan membaca blog saya untuk info dan langkah yg seterusnye....saya budget dalam rm300-500 untuk memreliasasikan impian sy ini..do it urself..