Monday, February 5, 2018
Kepentingan Penyata Bank
PENTING KE BANK STATEMENT?
(dari kacamata seorg trader)
Tolong simpan penyata bulanan bank anda. Lagi elok buat 1 atau 10 acc company untuk mantapkan lagi level cash flow korang. Cukop 6 bulan, bawa ke LHDN dan bagi depa estimate berapa cukai perlu kita bayar. Jika kena bayar RM500, korang bayar RM1000. Sentiasa lebihkan cukai yg kena bayar. Dh dapat resit bayar cukai, bagi pada tukang audit untuk buat proposal. Siap proposal bawa statement tu di mana-mana bank. Klau ada 10 bank dekat malaysia ni, submit proposal ke setiap bank. Kata lah 3 bank yg approved dengan loan RM100k setiap loan. Kita dah dapat RM300k. RM300k ni korang blh buat pelbagai bisnes. Jangan poyo nak tukar kereta. Bina empayar dulu. Ada rumah lelong p beli rumah tu. Buruk pun xpe. Repair dan bagi sewa. Mula dengan sebuah rumah. Jika korang pandai imbang duga acc, dalam masa dua atau tiga tahun korang blh ada lebih daripada 10 buah rumah.
Bila ada aset banyak, bank lagi berani nak bagi geran perniagaan atau loan perniagaan. Loan perniagaan ni kadang-kadang blh switch jadi geran. Bila jadi geran, mungkin hanya perlu bayar separuh dekat bank. Atau full loan kerajaan akan tanggung. Jika tak nak buat sewa rumah, blh cari kaunter-kaunter saham yg aktif yg blh bagi dividen setiap bulan. Ade ke saham yg beli melalui bank bagi dividen setia bulan? Buat baik dengan org bank, nanti ada la tu yg offer. Ni nak bayar cukai pun takot. Pastu bila nak kaya? Asyik duk isi borang BR1M je. Usaha lah lebih sikit. Tak kan nk jadi pekerja je. Jadi owner pulak. Trader luar sana pun jangan takot buat benda ni. Benda ni aset pada anak bini korang nanti.
Anak bini kita kalau blh trade xpe. Kalau xblh trade, kita dh xde nanti, simpanan pun xde, aset pun xde, investment pun xde, naye la kt depa. Jadi ambik langkah bijak. Permainan perniagaan di dunia mmg macam ni. Nak xnk kena buat jugak baru kita blh stay lama dalam bidang bisnes. Gambar ni acc bank salah satu company sy. Dah ada 4 bulan statement. Tunggu lagi dua bulan, pastu blh p apply geran perniagaan. Kali ni nak cuba SME bank. Dapat info baru ni SME bank ade nk offer geran perniagaan. Siapa cepat dia dapat. 😅
CnP FB MSFx
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment