Monday, February 5, 2018
Wartakan Pekan Sari Temerloh
WARTAKAN PEKAN SEHARI TEMERLOH!
1. Umurnya dah beratus tahun. Sampai sekarang belum diwartakan. Kenapa harus jadi begini.
2. Khazanah Temerloh yang paling lama dan unik yang lebih dikenali sebagai Pekan Sari ni memang kurang diambil peduli. Mana pergi waris kita di MPT, Pejabat Tanah & Daerah, Kerajaan Negeri Pahang, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Warisan Negara.
3. Ketika orang lain sibuk nak mewartakan ikon tempat masing-masing kita masih berselimut. Sepatutnya Pekan Sari kita dah termasuk bawah warisan UNESCO.
4. Apa faedah pewartaan? Terlalu banyak! Peruntukan Kewangan akan mencurah, industri pelancongan mencanak, pembangunan terancang, kawasan asal terpelihara, kebanggaan orang-orang kita tentang Temerloh, limpahan ekonomi cepat berkembang serta pelbagai faedah dan manafaat yang bakal diperolehi oleh penduduk setempat.
5. Isma Nazom apa sibuk-sibuk pasal pewartaan? Laa.. saya bagitau je sebab ramai yang tak tau bahawa pewartaan ni diperlukan sangat-sangat oleh Temerloh. Ia merupakan satu titik tolak ke arah melajukan perbandaran.
6. Kita memang bangga sangat dengan Pekan Sehari Temerloh. Saya nak tanya mana ‘signboard’ yang menyatakan inilah arahnya Pekan Sari. Papan tanda yang cinonet pun takde. Jangan kata papan tanda mega elektronik LED! Kalau orang luar datang ke sini bukan pada hari Ahad memang tak jumpa cari walau pun pakai GPS, Waze, Google Maps, dan sedara mara yang sewaktu dengannya.
7. Sekurang-kurangnya letaklah papan tanda arah dan tanda sempadan Pekan sari kita. Baru berapa je kosnya. Saya sedia derma duit untuk papan tanda jika tiada siapa yang sudi buat.
#GAMBAR PEKAN SARI YANG SANGAT KLASIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment