Sunday, September 12, 2010

Kereta - Sistem Brek


SISTEM BREK
Sistem brek mengandungi beberapa komponen penting saperti berikut;
1. Minyak brek -sama ada berwarna merah atau tanpa warna
2. Brek assembly -mengandungi Power boosters,Master Selinder,Reservoir,Pipe,Pedal,
3. Disc,Pad,Shoe,brake wheel selinder dan HandBrek
4. Air Vacuum line– di ambil dari salah satu point dimanifold.
5. Lampu brek – brek belakang dan tengah(wajib)

PERJALANAN DAN FUNGSI SISTEM BREK

Dalam keadaan normal sistem brek tidak akan aktif dan tiada tindak balas ke atas komponen
di atas.Apabila anda mula menekan pedal brek maka linkage mekanisma dari pedal brek
ke power booster mula bertindak.Tindakan ini memaksa power boosters menekan master
selinder dan mengakibatkan tekanan dalam sistem paip.Akhirnya menyebabkan selinder brek
menekan brek pad (brek depan) dan juga brek shoe (brek belakang) dan mencengkam disc
brek (depan) dan drum (belakang).Akhirnya akan menyebabkan kelajuan pusingan tayar
akan diperlahankan disebabkan oleh geseran tadi.
Ilmu mengenal cara penjagaan kereta

Apabila anda melepaskan pedal brek secara automatik master selinder akan bertindak untuk
balik ke tempat asal bila bendalir minyak brek tidak di mampat lagi.Proses ini akan berlaku
berulang kali mengikut tindakan pedal yang digunakan.
Nota :
1. Power boosters di dalamnya mempunyai diaphragm dan pergerakan
diaphragm dibantu oleh vacuum dari point manifold.Jika vacuum ini
tersumbat atau diaphragm bocor boleh menyebabkan tekanan pedal akan
terasa berat.
2. Lampu Brek belakang akan menyala setiap kali pedal ditekan.Dibawah
pedal mekanisma ada satu suis.Bila pedal ditekan switch turut tertekan dan
menyebabkan lampu brek menyala.
3. Handbrake digunakan ketika parking sahaja.Bila handbrek ditarik
maka cable menyentap brek selinder dan memaksa brek shoe atau brek pad
untuk mengembang dan menekan brek drum atau disc brek.(hanya untuk
brek belakang sahaja)

TIP PENJAGAAN BREK

Sistem brek adalah salah satu sistem utama dalam sesebuah kenderaan.Jika sistem brek
berfungsi dengan kurang baik kemungkinan hilang kawalan boleh berlaku dan menyebabkan
kemalangan adalah tinggi.Oleh itu beberapa tip dibawah haruslah dilakukan.

Ilmu mengenal cara penjagaan kereta

1.Periksa takungan minyak brek.
Pastikan level minyak brek di dalam linkungan MIN – MAX (ada tertulis ).Jangan biarkan
takungan minyak kosong.Ini akan menyebabkan brek kurang kesan atau terpaksa pump
pedal beberapa kali untuk brek mencengkam. Tambah minyak brek sama jenis jika paras
minyak kurang dari MIN.Harus di ingatkan sekiranya minyak berkurang bukan disebabkan
kebocoran maka brek pad atau brek shoe telah haus.
2.Pemeriksaan lanjut.
Jika perkara ini berlaku anda perlulah berjumpa dengan mekanik untuk di pereksa sama ada
kehausan adalah minima atau maksima.Anda mesti melihat sendiri brek pad atau brek
shoe itu .Jangan biarkan mekanik membuat keputusan.Dipermukaan brek pad atau brek shoe
biasanya jenis adbestos dan ketebalan asal lebih kurang 10mm(bergantung pada jenis) dan
sekiranya ketebalan menghampiri lapisan besi atau kepala pivot (tempat dimana adbestos
dipakukan) anda di sarankan supaya terus menukarnya.Jika sebaliknya akan menyebabkan
kerosakan pada permukaan disc atau drum dan kos akan meningkat.
3.Kebocoran minyak.
Kebiasaannya kebocoran minyak brek berlaku pada tempat tertentu sama ada dilihat
secara fizikal maupun pemereksaan.Saperti kes 1 di atas tadi minyak berkurang dan sentiasa
menambah minyak sudah tentu ada kebocoran.Sekiranya ini berlaku perkara berikut
perlu diperiksa.Periksa setiap brek depan dan belakang.Di setiap brek ditayar ada satu
wheel selinder yang mengandungi piston dan O ring seal.Biasanya piston atau O ring atau kedua duanya haus maka apabila berlaku tekanan pada pedal brek,minyak akan terkeluar
pada tempat yang haus.Sekiranya selinder brek tiada masalah, periksa pula master
selinder yang dipasang bersama dengan takungan.Lihat penyambung pipe kemaster selinder
ada tak terdapat kebocoron.Lihat juga kebocoran di takungan selinder yang dipasang
dimaster selinder.Kebiasaan inilah bahagian yang biasa berlakunya kebocoran Ada juga kes
kes terpencil berlakunya kebocoran saperti pipe brek itu sendiri pecah,bengkuk disebabkan
oleh terlanggar benda asing dibahagian bawah kenderaan.
4.Handbrek.
Standard handbrek apabila ditarik lebih kurang 2 ½ hingga 3 inci rengangan yang diukur
pada penghujung knob.Sekiranya melebihi paras renggangan maka hendaklah
dilaraskan.Pelarasan boleh dilakukan pada adjustable sekeru yang terletak dibawah
kenderaan.Anda cuba mengunakan adjustable spanner dan pusingkan mengikut arah jam
sehinggalah limit renggangan tercapai.Sekiranya pusingan dah kemaksima ada kemungkinan
brek shoe atau pad sudah haus.
5.Lampu Brek.
Pendawaian lampu brek akan aktif bila kunci kereta diONkan dan menunggu pedal brek
digunakan.Andai kata ketika pedal brek ditekan dan didapati brek tidak menyala maka
periksa fuse di dalam fuse box yang tertulis brek.Cabut fius dan lihat wire di dalam fius tak
putus.JIka normal pereksa suis dibawah pedal arm.Suis jenis ini adalah jenis quick return
switch(ada tombol) yang mana bila pedal ditekan suis akan ditekan dan bila pedal dilepaskan suis akan kembali ke asal.Pada keadaan ditekan inilah menyebabkan pengaliran arus terus
ke bulb dan menyala.Jika suis ini normal maka periksa bulb yang mungkin sudah
terbakar.Jikalau bulb normal ini bermakna ada leakage pada sistem wiring.Biasanya earthing
tak kuat atau contact tak cukup bagus.Bab letrik ini anda perlu ada sedikit pengalaman yang
penting anda dah tahu macam mana nak trace problem.

TROUBLE SHOOTING SISTEM BREK

1. Lampu brek sentiasa menyala apabila suis kereta ON.
Periksa suiz di pedal arm atau tukar suiz tersebut
2. Brek lampu menyala sebelah sahaja atau brek ketiga tak menyala bila pedal
ditekan.
Periksa bulb yang tak menyala jika didapati terbakar tukar baru.Jika filement didapati
dalam keadaan baik ini bermakna ada berlaku leakage ataupun loose contact
3. Brek ditekan terasa keras.
Periksa hos yang di sambung dari manifold ke power booster.Pereksa samada ada
kebocoron ataupun tersumbat.Jikalau normal ada kemungkinan booster diaphram dah
rosak.Selain daripada itu pereksa pedal linkage ada kemungkinan ia tersangkut boleh
terjadi.
4. Brek ditekan bunyi saperti geseran kedengaran.
Ada beberapa kemungkinan keadaan ini boleh berlaku.Dalam keadaan sudah lama tak
diservis brek pad atau brek shoe akan mengeluarkan habuk dan habuk ini adalah
puncanya brek berbunyi bila ditekan,Apa yang perlu dilakukan adalah mengeluarkannya
dengan menggunakan air blower dan tembak kekawasan brek tersebut.Jika cara ini tak
memberi apa apa kesan dan brek masih berbunyi ada kemungkinan pad atau brek shoe
sudah haus.Ada juga kes dimana plate pad terkeluar dari kedudukannya boleh tergesel
5. Brek ditekan dan kenderaan dibawa kekiri atau kekanan.
Pastikan yang alignment dan tayar balancing dalam keadaan normal.Kemudian baru
periksa salah satu perkara berikut ;
Jika ketika membrek dan kenderaan di bawa kearah kanan ini bermakna brek kiri jam
dan sebaliknya.Kes begini hendaklah berjumpa dengan mekanik di pereksa sama ada
minyak tersumbat atau piston jam.
6.Brek di tekan tetapi brek tak mencengkam.
Kebiasaan masaalah ini berpunca dari sistem brek sudah dimasuki udara.Apa yang harus
anda lakukan adalah berjumpa dengan mekanik untuk dibuat bleeding iaitu mengeluarkan
udara dalam sistem brek.


www.gempaknewbie.com
sumber : ebook TIPS JIMATKAN SELENGGARA KERETA ANDA OLEH AZMAN SAID

6 comments:

  1. Thanks for sharing. Really appreciated.

    ReplyDelete
  2. Lampu brek kereta saya semua tak menyala, selepas tukar fius masalah settle. Bagi proton wira, fius terletak dekat pedal minyak.

    ReplyDelete
  3. Salam, pedal brake tibe2 mengeras, dan bila di tekan pedal minyak, tayar mencengkam seperti ada benda menahan tayar belakang, jika di paksa juga tekan minyak, tayar akan bergesel dgn tanah(skiding) kereta suzuki vitara (A) 1997 saya. Sila beri tunjuk ajar..terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Lampu hand brake masih menyala wlaupun dah lepaskan handbrake....minyak brake level ok....kenapa????sila komen yang pkar ....please

    ReplyDelete