Monday, September 13, 2010

Kaedah Membeli Secara Percuma!

Anda pernah buat kesilapan ini?

Anda membeli kereta baru, rumah baru atau TV plasma
baru dan menggunakan duit gaji anda untuk membayarnya?

Jika YA, anda telah membuat kesilapan besar...

Tetapi jangan risau, kerana hampir 95% orang lain juga
membuat perkara yang sama... termasuk saya! :-)

Saya ingin katakan apa yang biasa anda lakukan bukanlah
taktik para jutawan. Jutawan menggunakan satu taktik yang
cukup licik untuk membeli apa sahaja yang mereka mahukan
...secara PERCUMA. Huh?

Saya telah menggunakan teknik rahsia ini setelah saya membaca
buku bestseller, Robert Koyasaki "Rich Dad Poor Dad".

Dalam buku tersebut Robert menceritakan satu hari seorang broker
kereta menelefon dan berkata yang kereta idaman beliau,
Porsche edisi terbaru baru sahaja tiba dan mengajak beliau melihatnya.

Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegun
melihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli kereta Porsche
ini secara hutang. Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman
selama 5 tahun. Ya, beliau sudah pun menjadi jutawan tetapi
tetap mahu berhutang! Macam mana tu... ok, biar saya terangkan.

Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama
5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencari
satu projek hartanah dan menyewakannya. Duit sewa dari
projek hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewa
bulanan kereta Porsche. Secara logiknya, bukankah beliau
membeli kereta ini secara percuma?

Dan baru-baru ini saya berminat dengan satu laptop HP. Sebelum
ini saya menggunakan desktop HP tetapi anak saya, Allyssa
asyik membebel hendakkan komputer untuk bermain games.

Jadi apa yang saya lakukan ialah saya menulis satu email
ringkas dalam masa 10 minit dan hantarkan kepada list saya.
Dalam masa seminggu, saya lihat RM3200 dalam akaun bank
dan tanpa membuang masa saya terus membeli laptop HP.

Konsep jutawan yang ingin saya jelaskan disini ialah jika anda
mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu memikirkan
satu cara untuk membayar ansuran bulanan tanpa perlu mengeluarkan
duit kocek anda sendiri.

Ingat duit yang masuk kekocek anda ialah aset, dan duit yang keluar
dari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik mengapa anda masih
lagi tidak hidup senang, inilah punca sebenarnya. Bukannya gaji anda
kecik, anda sudah 10 tahun tak promote, boss anda kedekut, isteri anda
habiskan duit anda atau apa juga alasannya.

Sebenarnya punca mengapa sesorang tidak hidup senang ialah mereka
menggunakan duit gaji setiap bulan untuk membayar kereta, minyak kereta,
rumah, bil astro, susu anak.. semuanya. Sebab itulah setiap hujung bulan
akaun bank anda semakin berkurangan. :-(

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Cari punca pendapatan baru! Jangan hanya bergantung kepada satu
punca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan bermasalah,
anda mempunyai cabang duit lain yang boleh membantu.

Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya ialah
internet, gayapos, mlm (meniaga larut malam?), ejen insuran, pasar malam
dan banyak lagi yang boleh anda fikirkan. Cari sesuatu yang sesuai dengan
jiwa anda dan impian hidup anda.

mohd riddwan, konsep kekayaan ini nampak mudah tetapi impaknya akan
membuatkan anda melarat seumur hidup atau anda bakal bergelar seorang
jutawan satu hari nanti. Buka minda anda dan cuba fahamkan.

Orait, jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain!


Demi kejayaan anda,

Mohd Nizam & Nur Raimi
dr email subject:Rahsia Kekayaan #1: Punca Duit Meledak DiBongkar! Mon 13 Sept 2010

No comments:

Post a Comment