Friday, June 5, 2009
Simpanan Secara Duit Kutu
Selepas saya membahaskan tajuk simpanan melalui kwsp(sila rujuk artikel Februari),saya ingin berkongsi simpanan melalui duit kutu.Ramai yang dah tahu,tapi semuga penulisan ini memberikan kita idea yang lebih baik lagi dimasa akan datang.
Duit kutu secara ringkasnya adalah sejumlah duit berkumpulan yang didapati oleh seorang individu pada bulan tersebut. Jumlahnya bergantung kepada persetujuan ahli. Setiap ahli akan membayar secara tetap sekian bulan. Kepala akan mengumpul duit tersebut dan akan memberi kepada giliran individu yang terpilih melalui cabutan undi atau sebarang kaedah yang dipersetujui secara majoroti kumpulannya.
Kutu dimainkan untuk mengalakkan simpanan secara paksa dan membantu ahli mendapat duit dengan banyak pada satu bulan tanpa perlu menunggu lama untuk mengumpulnya.
Cara ini berkesan untuk kita melangsaikan bayaran insuran kereta atau membeli barangan keperluan/kehendak tanpa hutang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment