Thursday, February 15, 2018

Duit dan Coin

Fiat money mempunyai asas yg kukuh tp crpyto bersandarkan pd irama dan lagu. Fiat money wlpn harga semasa turun tp negara berkenaan akan bermati-matian akan kekalkan nilainya. Mmg cercle 10tahun fiat money akan down. Tp sbb asas dan akar umbinya dia akn naik semula. Coin ni umpama mesin game, jika ramai yg gemarkan machine game tersebut depa tukarkan duit ke coin agar mereka sentiasa dpt kepuasan bermain. Habis duit car gali duit dan terus bermain sehingga hati mereka sudah bosan dr main game arcade beralih ke computer game di rumah. Masa tu duit mereka tidak lagi ditukar ganti dgn coin. Mayb pd masa itu juga mereka diversify pelaburan ke tool yg lebih ada asas seperti saham (share) syarikat di kaunter bursa atau online trading seperi forex. Wakaubagaimanapun, ada duit semua jadi. Tapi ingatlah semua itu berasaskan fiat money. Fiat is a KING. #jgnmareabamcoin #justmytwocentsonly

Monday, February 5, 2018

Kepentingan Penyata Bank

PENTING KE BANK STATEMENT? (dari kacamata seorg trader) Tolong simpan penyata bulanan bank anda. Lagi elok buat 1 atau 10 acc company untuk mantapkan lagi level cash flow korang. Cukop 6 bulan, bawa ke LHDN dan bagi depa estimate berapa cukai perlu kita bayar. Jika kena bayar RM500, korang bayar RM1000. Sentiasa lebihkan cukai yg kena bayar. Dh dapat resit bayar cukai, bagi pada tukang audit untuk buat proposal. Siap proposal bawa statement tu di mana-mana bank. Klau ada 10 bank dekat malaysia ni, submit proposal ke setiap bank. Kata lah 3 bank yg approved dengan loan RM100k setiap loan. Kita dah dapat RM300k. RM300k ni korang blh buat pelbagai bisnes. Jangan poyo nak tukar kereta. Bina empayar dulu. Ada rumah lelong p beli rumah tu. Buruk pun xpe. Repair dan bagi sewa. Mula dengan sebuah rumah. Jika korang pandai imbang duga acc, dalam masa dua atau tiga tahun korang blh ada lebih daripada 10 buah rumah. Bila ada aset banyak, bank lagi berani nak bagi geran perniagaan atau loan perniagaan. Loan perniagaan ni kadang-kadang blh switch jadi geran. Bila jadi geran, mungkin hanya perlu bayar separuh dekat bank. Atau full loan kerajaan akan tanggung. Jika tak nak buat sewa rumah, blh cari kaunter-kaunter saham yg aktif yg blh bagi dividen setiap bulan. Ade ke saham yg beli melalui bank bagi dividen setia bulan? Buat baik dengan org bank, nanti ada la tu yg offer. Ni nak bayar cukai pun takot. Pastu bila nak kaya? Asyik duk isi borang BR1M je. Usaha lah lebih sikit. Tak kan nk jadi pekerja je. Jadi owner pulak. Trader luar sana pun jangan takot buat benda ni. Benda ni aset pada anak bini korang nanti. Anak bini kita kalau blh trade xpe. Kalau xblh trade, kita dh xde nanti, simpanan pun xde, aset pun xde, investment pun xde, naye la kt depa. Jadi ambik langkah bijak. Permainan perniagaan di dunia mmg macam ni. Nak xnk kena buat jugak baru kita blh stay lama dalam bidang bisnes. Gambar ni acc bank salah satu company sy. Dah ada 4 bulan statement. Tunggu lagi dua bulan, pastu blh p apply geran perniagaan. Kali ni nak cuba SME bank. Dapat info baru ni SME bank ade nk offer geran perniagaan. Siapa cepat dia dapat. 😅 CnP FB MSFx

Wartakan Pekan Sari Temerloh

WARTAKAN PEKAN SEHARI TEMERLOH! 1. Umurnya dah beratus tahun. Sampai sekarang belum diwartakan. Kenapa harus jadi begini. 2. Khazanah Temerloh yang paling lama dan unik yang lebih dikenali sebagai Pekan Sari ni memang kurang diambil peduli. Mana pergi waris kita di MPT, Pejabat Tanah & Daerah, Kerajaan Negeri Pahang, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Warisan Negara. 3. Ketika orang lain sibuk nak mewartakan ikon tempat masing-masing kita masih berselimut. Sepatutnya Pekan Sari kita dah termasuk bawah warisan UNESCO. 4. Apa faedah pewartaan? Terlalu banyak! Peruntukan Kewangan akan mencurah, industri pelancongan mencanak, pembangunan terancang, kawasan asal terpelihara, kebanggaan orang-orang kita tentang Temerloh, limpahan ekonomi cepat berkembang serta pelbagai faedah dan manafaat yang bakal diperolehi oleh penduduk setempat. 5. Isma Nazom apa sibuk-sibuk pasal pewartaan? Laa.. saya bagitau je sebab ramai yang tak tau bahawa pewartaan ni diperlukan sangat-sangat oleh Temerloh. Ia merupakan satu titik tolak ke arah melajukan perbandaran. 6. Kita memang bangga sangat dengan Pekan Sehari Temerloh. Saya nak tanya mana ‘signboard’ yang menyatakan inilah arahnya Pekan Sari. Papan tanda yang cinonet pun takde. Jangan kata papan tanda mega elektronik LED! Kalau orang luar datang ke sini bukan pada hari Ahad memang tak jumpa cari walau pun pakai GPS, Waze, Google Maps, dan sedara mara yang sewaktu dengannya. 7. Sekurang-kurangnya letaklah papan tanda arah dan tanda sempadan Pekan sari kita. Baru berapa je kosnya. Saya sedia derma duit untuk papan tanda jika tiada siapa yang sudi buat. #GAMBAR PEKAN SARI YANG SANGAT KLASIK

Monday, February 10, 2014

Serangan Jantung dan Air Panas

SERANGAN JANTUNG & AIR PANAS Sudah beberapa saudara kita dan kenalan dah mati sebab saluran ke Jantung semakin berlemak dan mengecil. Sabuah artikel yang sangat baik dan hanya mengambil masa dua minit untuk anda membaca. Serangan Jantung dan Minum Air Panas. Tidak hanya sekadar air panas selepas makan, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Minuman teh panas Cina atau Jepun selepas makanan dan bukannya minum air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa atau selepas makan. Bagi mereka yang suka minum air batu, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Minum air batu selepas makan memang menyegarkan. Walaubagaimanapun, air batu akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Akibatnya akan berlaku 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Dalam masa yang singkat, ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada berlakunya kanser. Langkah yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan. Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung ... Nota penting tentang serangan jantung – Awas! Anda perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati dengan kesakitan yang teramat sangat pada bahagian atas dada. Anda mungkin tidak mempunyai sakit dada semasa serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur tidak bangun. Kesakitan pada rahang boleh bangunkan anda dari tidur yang lena. Marilah kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup ... Sumber : forward message.

Tuesday, August 2, 2011

Adab Berbuka Puasa – Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.


ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):

“Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa, ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”

(at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”

(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).



Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):

“Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”

(al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Riwayat di atas juga menambah:

Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.

(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:

“Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”

(al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah. Inilah kedangkalan meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi sendiri.

Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):

“Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

(Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:
Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

(Surah al-`Araf:31).



Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:

“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

(Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”

(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:

”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”

(Faidh al-Qadir, 2/500).

Di sana ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”

(Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158). Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.

Wednesday, July 13, 2011

Jumlah Peserta Demo Haram BERSIH 2.0



July 11, 2011
Jumlah Peserta Demo Haram BERSIH 2.0

Updat 4: Petikan dari University of Illinois crowd-guru Clark McPhail membayangkan seorang manusia boleh berdiri dengan selesa dalam kawasan 5sq ft. 5 sq ft ini adalah bersamaan dengan 0.46m persegi. Saya menggunakan 0.4m persegi, saiz kawasan yang lebih rendah dari pendapat Clark McPhail. 2.5 sq ft space adalah keadaan dimana setiap manusia dah tak boleh bergerak.

oleh itu, penggunaa 0.4m persegi adalah munasabah dan tepat.

Update 3: satu lagi analysis yang menggunakan kaedah yg hampir sama: http://shuzheng.wordpress.com/2011/07/10/bersih-success-success-yes-of-course/

Update 2: saiz average untuk lelaki sederhana dari bahu ke bahu adalah lebih kurang 0.8m, dan saiz dari depan ke belakang adalah lebih kurang 0.5m. Oleh itu luas seorang lelaki berdiri adalah lebih kurang 0.4m persegi.

update : keluasan orang adalah 0.5meter persegi..

1. Pelbagai pihak memberi jumlah peserta demo yang berbeza-beza. Portal dan laman web pro-pembangkang memberi jumlah lebih kurang 50,000 orang. Malah ada yang mengatakan jumlah mencecah 100,000 orang.

2. Pihak media perdana pula memetik jumlah yang diberikan oleh pihak polis iaitu sekitar 6,000 orang.

3. Yang mana satu yang boleh dipercayai ? Mari kita buat sedikit analisis mudah. Saya memilih dua tempat utama iaitu di Puduraya dan di Menara Maybank. Di kedua-dua tempat ini, portal Malaysiakini menyatakan tidak kurang dari 10,000 orang. Ditempat-tempat lain, berdasarkan dari pernyataan kronologi Malaysiakini adalah sekitar diantara 500 hingga ke 2,000 orang.

4. Mari kita lihat puduraya. Gambar disebelah kiri adalah waktu paling ramai pendemo disitu. Berdasarkan banggunan di sekeliling, paparan dari Google Maps diambil untuk mengganggarkan jarak dan keluasan kawasan sekitar.




5. Jarak yang diberikan oleh Google Maps adalah lebih kurang 200m dan kelebaran jalanraya untuk kedua-dua hala adalah lebih kurang 8m. ini menjadikan keluasanya sekitar 1600m persegi.

6. Sekiranya seorang manusia mempunyai diameter keluasan 0.5m 0.4m persegi, maka keluasan kawasan tersebut boleh mengisi 4,000 orang secara padat. Ini bermakna tidak ada ruang kosong diantara mereka sehinggalah sepanjang 200m tersebut. (ini adalah worst case scenario).

7. Mari kita lihat di Menara Maybank pula.



8. Seperti biasa, berdasarkan banggunan di sekeliling, kita anggarkan kawasan pendemo berada dengan Google Maps.

9. Kawasan ini ditandakan dengan 4 segi untuk memudahkan pengiraan. Luas kawasan ini (berdasarkan google maps) adalah 3200m persegi).

10. seperti tadi, sekiranya seorang manusia mempunyai diameter keluasan 0.5m 0.4m persegi, maka seramai 8,000 orang boleh berada dalam kawasan ini secara padat (tanpa ruang kosong). Kita tahu pasti akan wujud ruang kosong, maka ini adalah juga worst case scenario.

11. Oleh itu, tanpa mengambil kira redundancy (kesemuanya orang yg berbeza), jumlahnya adalah 12,000 orang. Sekiranya, anggaran 50% orang yg berada di Puduraya adalah juga berada di Menara Maybank, maka jumlah di kedua-dua tempat ini adalah lebih kurang 6,000 orang.

12. sekiranya kita mengambil kira jumlah pendemo di beberapa kawasan lain... secara kasarnya jumlah peserta demo haram ini adalah dalam lingkungan 8,000 orang.

13. Nampaknya, pihak polis membuat anggaran yang hampir tepat.

14. Paling kelakar, adalah anggaran seperti 50,000 atau 100,000 orang.