Saturday, November 27, 2010

Minda BESAR Vs Minda kecil


" Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.

Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.

Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil.

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan.

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- \"ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!\"

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jangka masa yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!

Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan
Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagian. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.

Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.

Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.

Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci


Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik \"Eleh... bawak mercedes... mesti songlap duit syarikat\" atau \"Eleh... dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan\"

Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri \"mahu\" menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri \"takut\" untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!

Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!

Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain

Pepatah Mat Salleh berbunyi \"If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys\".

Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!

Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.

Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud saya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!

Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan
Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.

Kreatif? Bagaimana kalau kita nak kreatif? Mudah sahaja... fikirkan bahawa \"kreatif\" maksudnya \"menjadikan lebih baik\". Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi \"kreatif\". Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?

Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.

Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.

Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!

Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri! "

FWD EMAIL FR VEMMA GROUP DATED 16.11.10

Be Careful when eating apples


Be Careful when eating apples

Please don't eat the skin of the apple because it's coated with wax.

Check before you eat many of the fruits.

WAX is being used for preservation purposes and cold storage.

You might be surprised especially apples from USA and other parts are more than one year old, though it would look fresh. Becoz wax is coated, preventing bacteria to enter. So it does not get dry.

Please Eat Apples after removing the wax as demonstrated below. Please follow this and let know others...........

www.NidoKidos.Org

www..NidoKidos.Org

www.NidoKidos.Org


Hope it will be of benefit to you & others

Antara kelucuan & Kebenaran


Antara kelucuan & Kebenaran . . . .

Lucu ya,

Wang RM2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket .

> > > > > > > > > > > > >

Lucu ya,

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak .

> > > > > > > > > > > > >

Lucu ya,

Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam
berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang .

> > > > > > > > > > > > >

Lucu ya,

Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi betapa mudahnya
mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman .

> > > > > > > > > > > > >

Lucu ya,

Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa
bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya .

> > > > > > > > > > > > >

Lucu ya,

Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,tapi
novel best-seller 100 halaman pun habis dilalap .

> > > > > > > > > > > > >

Lucu ya,

Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut
cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat .

> > > > > > > > > > > > >

Lucu ya,

Susahnya orang mengajak untukberdakwah, tapi
mudahnya orang menyebar gossip .

> > > > > > > > > > > > >

Lucu ya,

Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi
kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran .

> > > > > > > > > > > > >

Lucu ya,

Semua orang ingin masuk surga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara
atau pun melakukan apa-apa .

> > > > > > > > > > > > >

Lucu ya,

Kita boleh mengirim ribuan jokes guna email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah mesti berfikiran 2X .

> > > > > > > > > > > >

Tapi kalau anda mahu umat Islam bangkit semula, anda forwardlah mesej ini kpd kenalan2 anda . . . .(sumber:fwd email)

Saturday, November 13, 2010

TnGo rebates?


Hi friends - for your info and to check your Touch N Go & Tagged Cards for the rebates accumulated in your cards . Please read the info .

Recently I was talking to a friend, who travels alot during the course of the business . He told me out of curiousity, he heard about the rebates toll users are entitled to . So he asked the person at the toll office (where you can top up your Touch N Go (like those in Sg Besi, Ayer Keroh, Sg Buloh, Bkt Raja and the one entering Shah Alam) about the rebate when he went there for a top up . She told him that the rebates you have accumulated need to be credited to your Touch N Go "within" 6 months . Otherwise, the rebates will be extinguish ( that is "kaput") . if not credited to your Touch N Go within this period . To his surprise, he got a rebate of RM468 .

My mate told me since I always travel down to Singapore regularly, I should go and check it out what rebates I have and do it fast . So, this morning, on my way to Melaka, I stopped at Ayer Keroh toll to check my rebates . To my surprise, I have got RM58 and this amount was transferred to top up my Touch N Go card . What a pleasant surprise . Imagine, if I had heard about it earlier, I could have checked it earlier last year when I had to drive down to Singapore once every fortnight

So, for those of you who use the Tagged or Touch N Go card, go and check it out . Imagine the millions of $$$ Touch N Go operators have saved from giving out the rebates to deserving customers . Remember,you can only claim the rebates at the Toll area where you can top up your card . You cant get the rebates done when you top up your Touch N Go card in other places like ATM Machine, Bank, online, 7 Eleven etc . . . MUST BE AT TOLL Centre .


Touch N Go did announced it in the newspapers very briefly but little info or brochures were given out for obvious reasons . Wouldnt you do the same if you were the operator huh?

fwd email fr friends on 9 Nov 2010

Thursday, November 4, 2010

Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?


Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?

Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada
2 bahagian:

70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini
termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan
shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari
jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga
ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda.

Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan,
anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%)
sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk
menjana kekayaan!

-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan,
samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma
kemasjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa
kebahagian dan digandakan!

-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes.
Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi,
anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus,
beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu
yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui
sesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) anda simpan untuk masa depan
anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana
ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan
bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:

>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika
anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira
walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan
teknik diatas untuk masa depan anda.

Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa
hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak
ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun
dah pencen.

fwd email dr Mohd Nizam | JutawanAutomatik.com